Wednesday, January 12, 2011

I MAKE IT!!!



Here we go..


Congratulations ZOEY FAHREZI!

We're delighted to offer you 3 years' representation as a 'Superstar' model with us and also to appear as a model actor in commercials, film and TV extra work and walk-on parts.

You are now just a few steps away from starting your career in front of the cameras by completing your registration process. You will then be put forward and can apply for assignment



Saturday, January 8, 2011

pada yang sudi bkn pada simpati


Apa erti persahabatan tanpa kesetian?
Apa erti setia tanpa kejujuran?
Apa erti jujur tanpa persengketaan?
Persoalan yang berlegar dalam fikiranku...

Bagiku persahabatan perlu setia.
Bagiku persahabatan perlu jujur
Setia ada dalam kejujuran
Kejujuran kekuatan perhubungan
Tapi…
Bisakah persahabatan,setia,jujur bersatu?
Sukar untuk mencari sahabat sejati
Kerana nilai sahabat itu bukan semurah yang disangka
Nilai persahabatan bukan kerana kelebihan semata-mata

persahabatan mampu ditulis dengan perkataan
Tapi gagal dilihat pada zahirnya
persahabatan pasti bernyawa seandainya jujur dan setia mengikatnya

Ingat pada yang menghargai
Jujur pada yang setia
Setia pada yang kasih
Kasih pada yang rindu
Rindu pada yang menyanyangi
sahabat tak datang kalau tidak dicari
sahabat juga tidak dapat jika tiada yang memberi
Mencari sahabat biarlah pada yang sudi
Bukan meminta pada yang simpati...

Wednesday, January 5, 2011

surat cinta zaman moden.

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Tuesday, January 4, 2011

ARJUNA & persahabatan


Hari ni, sy tlh pn mgnali ssuatu yg bharga dlm hdup yg tdk mampu terbeli oleh sy...ssuatu yg sgt indah..wlpn sblm ni sukr nk mncarinya dan sush nk mempercayai tp kini sy yakin salam dan tgn yg dhulurkannya sbg tnda pershbtn ini adlah satu anugerah tidak ternilai dan takkan terbanding dgn harta di dunia ni

ble sy rse sunyi, dye mnemani xkira saat bila pn...bila sy terlupa dye yg mgigatkan..bila sy silap dye yg mperbaiki dan bila sy lemah, dye yg mmberi kkuatan...apabila kpercayaan pd dri sdri mulai pudar, dia yg mgembalikan smgt spy keyakinan itu ada dan semua itu dilakukan dgn keikhlasan bkn bersebab. saat ketawa dan mngis sntiasa bersama...tiada lg rse sunyi...dunia mnjdi lebih ceria dgn adanya kwn yg mmhami, ibarat keluarga yg sntiasa dsisi, seorang shbt sntiasa di hati...kpd sahabat yg mghulurkan persahabatan...terima kasih yg tidak ternilai...smoga hubungan ni berkekalan, bkn skdr di dunia ttp d akhirat jg...hny mghargai persahabatan ini dpt sy berikan...

Sunday, January 2, 2011


hari ke-2 thun bru, demam msih jgk xkebah...so ptg2 bosan kuar la dpn umah..tgk pkok2 yg ade,tyme2 kemas pkok2 bunga dpt plak idea nk try sdri buat gubahan..hahahaha ni la hasilnye,sbb skg ni bkn musim bunga so xbyk la pokok yg tgh berbunga..xtw la ape konsep ni jnji hti ade sng jgk~ tp jgn pk sy ni mat bunga plak tw,xde kne mgena dgn i2 mamat bunga bin pohon.lalala~ kdg2 idea ni dtg sdri je, bak kte org,hny jauhari mgenal maniam,opss! silap manikam. so hasil seni ni klo kte lme2 asah nnt jd mkin baik la. yela da sy ni bkat seni ni xde, nk mlukis mmg kekok la tgn ni. pape pn,skdr nk berkongsi ape yg sy buat hrini, confirm mummy sy mgamuk tgk esok pkok da togel..hahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kroni-kroni arjuna