Saturday, February 19, 2011

DIBIUS CINTA

entry kali ni,saya nk share dgn kwn2 blogger ttg sebuah novel yg baru release...tajuknnya dibius cinta, penukis Qash Irdina...so bc la dlu sinopsis sikit2

"Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula."

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?

---------------------------------
Dialog 1

"Lin tak nak dengar abang cakap macam tu. Siapa cakap abang tak layak untuk Lin? Cuma abang harta yang Lin ada kat dunia ni. Lin tiada sesiapa lagi kat dunia. Abanglah suami Lin. Abanglah penjaga Lin. Dari seorang yang dah takde apa-apa kat dunia ni, takde keluarga sejak along dah tiada, kehadiran abang dalam hidup Lin suatu anugerah terindah yang melengkapkan segala kekurangan Lin. Macam mana abang boleh cakap yang abang tak layak untuk Lin?"

--------------------------------

Dialog 2

"Apa yang awak buat kat dalam bilik saya? Apa yang awak buat atas katil saya? Awak nak ambil kesempatan, ya?" marah Cazlin Amalina. Tangannya mencapai selipar comel di tepi katil. Dia membaling sebelah daripada selipar itu ke arah Adam Shafiq.

Adam Shafiq mengelak. "Kau dengar dulu penjelasan aku. Kau menggigau malam tadi. Aku pun tengok kau. Aku..." Belum sempat Adam Shafiq menghabiskan kata-katanya, sebelah lagi selipar comel melayang ke arahnya.

"Awak tengok saya? Awak tengok saya menggigau? Nonsense... Keluar! Keluar dari bilik saya, perogol!" marah Cazlin Amalina

----------------------------------
Dialog 3

"Adam… janganlah macam ni, sayang. You jangan seksa diri sendiri. I ada di sisi you sentiasa. You boleh share apa-apa sahaja dengan I." Hana Nadiah membelai lembut tangan Adam Shafiq.

"I keliru, Hana. Keliru. Kenapa I boleh sayang gila dengan perempuan tu? Sedangkan I tak ingat apa-apa tentang dia. Zero. I percaya dengan perasaan I. I left you. I terima dia dengan sepenuh hati I. Tapi dia? How could she do this to me?"

"Setiap manusia buat salah, Adam. It’s okay. Bukan semua manusia itu sempurna. I terima apa yang dah terjadi antara kita. Dalam keadaan you macam nih, Cazlin ambil kesempatan kat you. You tak bodoh. You cuma jadi pecinta yang setia."

--------------------------------

so amacam? best kan? bkn nk promote saja2, novel ni mmg best pn, sbb sy dah pn bli dan dah baca,lg best dapat signature dr novelisnya sdri lps saja bli novel ni dkt MPH Midvalley...

Judul : Dibius Cinta
Penulis : Qash Irdina
Penerbit : Fajar Pakeer
Semanjung : RM 19.90
Sabah / Sarawak : RM 22.90

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kroni-kroni arjuna