Monday, March 7, 2011

Adinda Putera vol2

suatu ketika, bentara jiwa memberontak sepi,
mencari dalam samar nurbisa Illahi,
kerna Arjuna hilang dalam dunia misteri tersembunyi,
membawa haluan perit terperi.

Adinda putera datang menjenguk dalam lena,
membuka setiap rongga dalam palung hati indah maya,
namun kerana izin Maha kuasa jualah datangnya sinar,
kau kembali menjadi obor,
biarpun aku bukan Arjuna semalam,
aku tidak mampu lagi mengisi keindahan dengan bait terpendam,
kerana jemari kaku kini menjadi balam,
hanya ilham tercemar yang aku idam-idam menggegar dewala.

jangan dirampas lagi ya Dewata,
aku ingin Adinda Putera kekal di dalam hidupku
biarlah suara unggas menyindir namun tidak menjadi amarah,
kerana bukan taakulan perasaan sayang ini buat Adinda Putera,
hanya keikhlasan bermaharajalela dalam wilayah hati

syukur Alhamdulillah dipanjangkan,
Adinda Putera menemani semula di setiap sudut terdalam
bagi mengisi bersama selawat dan salam ketika siang bertukar malam,
ketika jaga ingin mencari ilham kau hadir lagi memberi rencah.

maafkan Arjuna kerana pernah berubah,
manjadi lemah kerana difikir hanya serakah dunia
namun Adinda Putera, jika kau bersama dahulu menelusuri hari-hari yang yang berombak
pasti kau tahu,
Arjuna jua manusia biasa yang tidak sempurna dalam setiap noda.

temanilah Arjuna semula menelusuri sungai insani
luaskan jiwa Adinda Putera dalam mengisi hati pernah sunyi
kerana kau tahu
tiada pengganti buat diri mu dalam setiap detik kemahuan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kroni-kroni arjuna